Khamis, 16 Julai 2009

Pantun Melayu 2















PANTUN MELAYU 2.


Apakah tanda batang dedap,
Pohonnya rendang daunnya lebat;
Apakah tanda orang beradab,
Bertanggungjawab sampai ke lahat.

Ulam bukan sebarang ulam,
Ulamnya dibawa anak penggalas:
Demam bukan sebarang demam,
Demam cinta tidak berbalas.

Tujuh hari dalam seminggu,
Budak duduk membelah rotan;
Tubuhku lesu memendam rindu,
Saya bertepuk sebelah tangan.


Sekadar renungan
18hb Julai 2009.



Ahad, 12 Julai 2009

Pantun lama masih segar.

PANTUN LAMA YANG MASIH SEGAR:













Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

kalau ada sumur diladang,
boleh saya menumpang mandi;
kalau ada umur panjang,
boleh kita bertemu lagi.