Sabtu, 15 Mac 2014

BRIM 3.0 Parlimen Parit Sulong.


BRIM 3.0 Parlimen Parit Sulong Fasa 2 telah di tunaikan pada hari Sabtu 15.3.2014
di Dewan MRSM Parit Sulong, Batu Pahat.




















Pemberian BRIM untuk hari tersebut tamat pada Jam 4.15 petang.

Jumaat, 28 Mei 2010

Untuk renungan bersama

Sajak oleh SM Zakir (dipetik dari blog sayapmatahari)


Politik

Sebutir udara panas
jatuh di tubir jendela
kamar yang terkatup suram
berguling di kaki meja
seorang lelaki mengira-ngira
apa yang dapat dibelinya
dengan kuasa di parlimen
ada papan catur
yang terbuka di mejanya
untuk membuka siasah
mencatur segenap perkara
menjadi politiknya
sekolah, masjid, kuil
balairaya, jalan, bank
mahkamah, rakyat dan parlimen
adalah buah-buah caturnya
politik menjadi tuhannya
dan tuhan menjadi politiknya
sebutir udara panas
jatuh berguling di kamar
yang terkatup suram
seorang lelaki masih mengira-ngira
apa yang dapat dibeli
dengan kuasa di kerusinya
wanita, kuasa dan harta
setiap nafasnya menjadi politik
dan setiap saatnya adalah politik
sebutir udara panas, seorang lelaki
dan politik; di bilik terkatup suram
menjual tuhan di papan catur politiknya


Sabtu, 31 Oktober 2009

Perpisahan -Aizat

Lagu "perpisahan" mempunyai senikata yang benar-benar menyentuh jiwa dan perasaanku. Tiap bait-baitnya serta diiringi irama yang benar-benar menyusuk kalbu. Ini mengimbau kisah-kisah lama yang kini hanya tinggal kenangan.




(Mohon ikhsan yang ampunya youtube)

Jumaat, 23 Oktober 2009

Lebih baik tidur........dari...


Kekadang lebih baik kita tidur
kalau semasa jaganya kita asyik mencari kesalahan orang lain
memperkatakan tentang keburukan orang lain
dan kadangkala memperagakan diri bahawa segala-galanya apa yang
dibuatnya adalah betul. Tanpa disedari bahawa kadangkala
dia sendiri seringkali melakukan perkara-perkara yang sudah tentu
menyalahi undang-undang dunia dan hukum.

Rabu, 14 Oktober 2009

Disekitar sambutan Hari Raya


Sudah menjadi trend masakini setiap Hari Raya, ramai dari kita membuat majlis Sambutan
Hari Raya baik dari kalangan orang berada atau sederhana.
Beberapa imej untuk menjadi kenangan dalam sambutan Hari Raya Tahun 2009

Sabtu, 22 Ogos 2009

WAHNUAR واحنوار الممفني: Bulan Puasa atau Pesta makanan.

WAHNUAR واحنوار الممفني: Bulan Puasa atau Pesta makanan.

Mengapa aku benci cerita hantu.


Cerita lama:

Sebenarnya aku tidak berapa suka dengan cerita-cerita hantu Samaada cerita itu dari media cetak, atau media letronik atau dari apa-apa media sekalipun. Dengar dari lisan pun aku tidak suka. Secara lisan, paling aku tidak suka. AKU BENCI.

Aku akan lari kalau ada orang bercerita tentang hantu. Kalau aku tidak dapat lari, aku akan tutup telinga aku dengan apa sahaja, asalkan aku tidak dapat dengar.
Mengapa aku sangat takut dengan cerita hantu. Adakah aku seorang yang pengecut atau yang ringan sikit digelar penakut. Aku tidak kisah, mereka panggil apa sekali pun. Ia tidak menjdi kudis pada diriku.
Sebenarnya jawapan kepada persoalan mengapa aku sangat benci mendengar cerita-cerita hantu ini banyak. Tetapi aku tidak dapat memberi jawapan kepada persoalan ini sekarang. Ia memerlukan kebenaran dari pihak yang lebih senior.

Akan aku beri jawapannya di entri yang akan datang.
Tunggulah. Bulan puasa ini dikatakan bahawa semua syaitan dikurung dan tidak boleh menggoda manusia. Tapi mengapa manusia masih lagi membuat kerja-kerja yang sangat dilarang oleh Allah swt ? Siapa yang menggoda mereka. Hantu atau syaitan jenis apakah itu. Sama-samalah kita fikirkan.
Semoga kita tidak dikacau dan digoda oleh hantu-hantu atau syaitan lain.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Pantun Melayu:


ku himpunkan serumpun buluh,
untuk ku isi pulut bekalan;
ku hulurkan jari sepuluh,
ku mohon maaf segala kesalahan.
###############################

anak beruk ditepi padang,
anak tupai di atas peti,
biar rupaku buruk dipandang,
asalkan pandai mengambil hati.
#####################

Isnin, 27 Julai 2009

Pantun patah hati ڤنتون فا ته ها تي

ڤنتون فا ته ها تي

ڤنتون فا ته ها تي


angin bertiup ke semua arah,
berpeluk tubuh mengangkat bahu:
luka di jari tampak berdarah,
luka di hati tak siapa tahu.



Rabu, 22 Julai 2009

Pusaka Bangsa- Pantun

Datuk Noraini menyerahkan cerminmata kepada penerima

Sebahagian dari penerima cerminmata percuma


Empat rangkap pantun di bawah telah dibaca oleh wakil Penghulu ketika majlis "Penyerahan Cermin Mata Percuma" kepada penduduk kawasan Parit Sulong yang telah disampaikan oleh YB Datuk Noraini Ahmad yang diadakan di Kompleks Peladang Pt. Sulong, Batu Pahat pada 19.07.2009 yang lalu.

1. Daun pauh lebat di dahan,
Anak dagang datang ke kota;
Dari jauh Datuk Noraini datang,
Hendak membantu si rabun mata.

2. Sungguh cantik si gadis rupawan,
Jadi sebutan sana dan sini,
Kepada siapa nak minta bantuan,
Kalau tidak Datuk Noraini.

3. Hati-hati menyiang haruan,
Nanti tangan terkena duri;
Terima kasih kami ucapkan,
Bantuan diberi setulus hati.

4. Orang perempuan memakai purdah,
Jatuh tertiarap terlanggar pasu;
Rabun mata diberi sudah,
Bila pula si gigi palsu.

Sekian:Gobress al mampani.

Khamis, 16 Julai 2009

Pantun Melayu 2















PANTUN MELAYU 2.


Apakah tanda batang dedap,
Pohonnya rendang daunnya lebat;
Apakah tanda orang beradab,
Bertanggungjawab sampai ke lahat.

Ulam bukan sebarang ulam,
Ulamnya dibawa anak penggalas:
Demam bukan sebarang demam,
Demam cinta tidak berbalas.

Tujuh hari dalam seminggu,
Budak duduk membelah rotan;
Tubuhku lesu memendam rindu,
Saya bertepuk sebelah tangan.


Sekadar renungan
18hb Julai 2009.



Ahad, 12 Julai 2009

Pantun lama masih segar.

PANTUN LAMA YANG MASIH SEGAR:













Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

kalau ada sumur diladang,
boleh saya menumpang mandi;
kalau ada umur panjang,
boleh kita bertemu lagi.


Selasa, 2 Jun 2009

mana janjimu م



mana janjimu
yang pernah kau luahkan
mungkin kau lupa
dari kotak hatimu.

kata-katamu 
tersusun indah
bak batu-batu
di dinding kaabah.

bila musim tiba
lerai punah keringat
mencurah basah 
dalam genggaman mentari.

musim menuai
hanya berlalu hiba
dibawa ribut sangkakala
hilang terus 
dari kotak janji
yang tak mungkin
aku lupa. 


gobress : 02.06.2009
batu pahat.


Ahad, 24 Mei 2009

kemaruk...

                      indahnya alam ini jika manusia semua bersatupadu

kini
zaman kemaruk
zaman tuduh menuduh
zaman demo
zaman saman menyaman
kemaruk memfitnah
kemaruk berdemo
kemaruk naik atas.

lupa asalusul
lupa pedoman
lupa akhir hayat
lupa hari pembalasan.

sanggup jadi hamba abdi
hamba abdi  moden
biar bangsa rugi
asal aku kenyang
kekadang
tidak kah kau ketahui
diperguna oleh lain
untuk mencapai
keturunan mereka. 

               kerana hasutan dunia menjadi kucar kacir


nukilan gobress 25.5.2009.


Khamis, 14 Mei 2009

ruang-ruang yang kosong



ketika kekosongan
tiada apapun yang ada
hanya ruang-ruang luas
penuh habuk dan debu
berterbangan 
tiada kawalan.

tikanya
hati resah
gelisah tak menentu
tiada destinasi dituju
kau hampiriku
kau bisikan 
dikalbu 
agar tenang selalu
situasi begini
lumrah dalam hidup ini

kini
ruang-ruang itu
mula terisi
bunga-bunga mewangi
penuh warna-warna ceria
harum mewangi
redup hati tika meneliti
menyegarkan seluruh 
tubuh nan kaku dan berkedut ini
segar untuk seketika
entah sampai bila 
ku sendiri tidak mengerti

yang pasti
akan tiba tikanya
kini ...yang mampu 
hanya tunggu.

Isnin, 4 Mei 2009

dulu hanya satu











Gambar hiasan.





dulu satu
kuat dan padu
angkara irihati
pecah seribu
punah satu nama
bawa diri
hilang entah ke mana.

kini jadi semula
dari satu jadi tiga
sering tuduh menuduh
setiapnya mengaku diri
benar dan dirahmati
yang luar
semuanya celaka
banyak buat dosa
hanya dia buat pahala.

di luar sana
hitam pekat
kuning langsat
tunggu dan lihat
senyum ma'rifat
hanya tunggu saat
masuk jarum tambah kalut dan sesat
kita terus lintang pukang
hentam sesama belakang
dia datang 
terus hapus kita semua
rumput dan lalang
tembok batu 
hadangan dan harapan
dipunah hancur lebur
akibat kita melulu tanpa berfikir

kini 
semua punah
tiada apa 
semua bernanah
hilang semuanya
generasi hadapan tiada harapan
akibat irihati  sesama sendiri
kepentingan peribadi
jadikan kita 
menumpang ditanah air sendiri.


nukilan gobress 5.5.2009.
jam 1.35 pagi.


Isnin, 27 April 2009

Perpisahan












Sekadar gambar hiasan




Sajak ini ditulis dan dideklimasi dalam satu majlis persaraan seorang pegawai pada 17 Februari 2007 .

Di sini kita berkumpul
untuk satu kemesraan
menyimpul satu ikatan
mengarap satu harapan.

maka..lahirlah kemesraan
ikatan kekeluargaan abadi
ibarat ..kasih antara dua insan
Laila dan Majnun...Uda dan Dara
saling bermaafan sesama insan
melahirkan keluruhan hati
kemesraan tersimpul mati.

di sini kita berkumpul lagi
untuk satu perpisahan
mengimbau segala
kenangan manis bersama.

kehadhiraanmu ibarat dian
menerangi kegelapan malam
cahaya sinarnya menyinari segenap penjuru alam
menyimpul ikatan persaudaraan
lantas mencipta kemesraan.

esok...segalanya tiada lagi
hanya dalam kenangan
namun..biarlah perpisahan ini
ibarat satu titik pertemuan yang tiada berkesudahan.


nukilan oleh Gobress.