Ahad, 24 Mei 2009

kemaruk...

                      indahnya alam ini jika manusia semua bersatupadu

kini
zaman kemaruk
zaman tuduh menuduh
zaman demo
zaman saman menyaman
kemaruk memfitnah
kemaruk berdemo
kemaruk naik atas.

lupa asalusul
lupa pedoman
lupa akhir hayat
lupa hari pembalasan.

sanggup jadi hamba abdi
hamba abdi  moden
biar bangsa rugi
asal aku kenyang
kekadang
tidak kah kau ketahui
diperguna oleh lain
untuk mencapai
keturunan mereka. 

               kerana hasutan dunia menjadi kucar kacir


nukilan gobress 25.5.2009.


Khamis, 14 Mei 2009

ruang-ruang yang kosong



ketika kekosongan
tiada apapun yang ada
hanya ruang-ruang luas
penuh habuk dan debu
berterbangan 
tiada kawalan.

tikanya
hati resah
gelisah tak menentu
tiada destinasi dituju
kau hampiriku
kau bisikan 
dikalbu 
agar tenang selalu
situasi begini
lumrah dalam hidup ini

kini
ruang-ruang itu
mula terisi
bunga-bunga mewangi
penuh warna-warna ceria
harum mewangi
redup hati tika meneliti
menyegarkan seluruh 
tubuh nan kaku dan berkedut ini
segar untuk seketika
entah sampai bila 
ku sendiri tidak mengerti

yang pasti
akan tiba tikanya
kini ...yang mampu 
hanya tunggu.

Isnin, 4 Mei 2009

dulu hanya satu











Gambar hiasan.





dulu satu
kuat dan padu
angkara irihati
pecah seribu
punah satu nama
bawa diri
hilang entah ke mana.

kini jadi semula
dari satu jadi tiga
sering tuduh menuduh
setiapnya mengaku diri
benar dan dirahmati
yang luar
semuanya celaka
banyak buat dosa
hanya dia buat pahala.

di luar sana
hitam pekat
kuning langsat
tunggu dan lihat
senyum ma'rifat
hanya tunggu saat
masuk jarum tambah kalut dan sesat
kita terus lintang pukang
hentam sesama belakang
dia datang 
terus hapus kita semua
rumput dan lalang
tembok batu 
hadangan dan harapan
dipunah hancur lebur
akibat kita melulu tanpa berfikir

kini 
semua punah
tiada apa 
semua bernanah
hilang semuanya
generasi hadapan tiada harapan
akibat irihati  sesama sendiri
kepentingan peribadi
jadikan kita 
menumpang ditanah air sendiri.


nukilan gobress 5.5.2009.
jam 1.35 pagi.


Isnin, 27 April 2009

Perpisahan












Sekadar gambar hiasan




Sajak ini ditulis dan dideklimasi dalam satu majlis persaraan seorang pegawai pada 17 Februari 2007 .

Di sini kita berkumpul
untuk satu kemesraan
menyimpul satu ikatan
mengarap satu harapan.

maka..lahirlah kemesraan
ikatan kekeluargaan abadi
ibarat ..kasih antara dua insan
Laila dan Majnun...Uda dan Dara
saling bermaafan sesama insan
melahirkan keluruhan hati
kemesraan tersimpul mati.

di sini kita berkumpul lagi
untuk satu perpisahan
mengimbau segala
kenangan manis bersama.

kehadhiraanmu ibarat dian
menerangi kegelapan malam
cahaya sinarnya menyinari segenap penjuru alam
menyimpul ikatan persaudaraan
lantas mencipta kemesraan.

esok...segalanya tiada lagi
hanya dalam kenangan
namun..biarlah perpisahan ini
ibarat satu titik pertemuan yang tiada berkesudahan.


nukilan oleh Gobress.




Ahad, 19 April 2009

Menanti harapan.



Menanti mentari.

mentari kan pergi
esok kan muncul lagi
renungi diri 
apa yang telah kau lakukan 
hari ini.....
adakah lebih baik dari semalam
atau......
sama dengan semalam
atau....... 
tiada perubahan
insaflah dalam hati
agar diri dan roh
tidak terseksa 
di hari kemudian nanti.


nukilan gobress
19.4.2009.




Sabtu, 18 April 2009

Lorong yang sunyi


Lorong yang sunyi.



lorong yang sunyi
kelihatan tiada penghuni
jangan kau lalui
jika kau tidak pasti.

jika kau terpaksa
hati mesti perkasa
di situ banyak penggoda
menyeret kau ke arah neraka.

dalam sunyi
minda kau di nodai
kata kata penuh janji
minda dan hati
hingga kau anggap ianya
kata-katanya penuh sakti
walau tingkah lakunya
perit dimata luka dihati.

nukilan: gobress 
19.04.2009

Ulasan dari Saudara Leenoh


Ulasan dari Saudara Leenoh:
(Terima kasih Sdr Leenoh. )

Sejahteralah hidupmu.
Dikala bahasa sakit lenguh seluruh badan.
Kauubati dengan puisi.
Muatannyan luahan hati.
Tapi masih ada lagi.
Di dalam sanubari.
Ayuh keluarkan, agar dapat kuperhati.


Bahasa rojak.
Kautinggalkan sahaja.
Jangan bawa bersama.
Nanti rosak Bahasa Jiwa Bangsa.




(Sdr Leenoh:Izinkan saya siarkan sajak anda)