Khamis, 16 April 2009

Ku ingin ke pentas puisi







Berilah daku ruang.

telah kian lama
ku coretkan kata-kata
ku himpun bait-bait bermakna
untukku persembahkan 
pada semua.

tapi apakan daya
semuanya tidak pernah
di persilakan untuk bersama
mereka yang ternama.

kini..diruang ini
akan ku cuba 
mencurahkan segala
apa yang ku ingini 
agar sentuhan hati nurani
dapat dinikmati bersama
andai sudi terimalah
andainya tidak
jauhilah ia
agar bau hanyir dan pesing 
tidak meresap ke sanubari
agar hidupmu kelian
dikeliling bunga-bunga nan harum mewangi.


nukilan:
gobress 16.04.2009.



7 ulasan:

PK berkata...

Selamat datang ke halaman blog Saudara Gobress. Semoga kita sama-sama berjuang melalui puisi.agar khazanah ini tidak hilang dan lenyap dek zaman yang mencabar.

Leenoh berkata...

Salam.

Sejahteralah hidupmu.
Dikala bahasa sakit leguh seluruh badan.
Kauubati dengan puisi.
Muatannyan luahan hati.
Tapi masih ada lagi.
Di dalam sanubari.
Ayuh keluarkan, agar dapat kuperhati.

Bahasa rojak.
Kautinggalkan sahaja.
Jangan bawa bersama.
Nanti rosak Bahasa Jiwa Bangsa.

-----
sekadar bergurau saja.buat kenalan baru.

PK berkata...

Sdr Leenoh:
Sya selalu melayari blog anda, ianya amat baik sekali,kerana ianya penuh dengan informasi dan pengalaman yang amat berharga buat saya, saya mengagumi sdr kerana begitu sdr perihatin dalam hal-hal agama. Bagi diri saya yang begitu cetek dlm hal-hal agama merasakan bahawa info sdr amat baik untuk diri saya. Terima kasih saudara. Semoga berjumpa lagi. Wassalam.

Unknown berkata...

gobress,

waa... sedap puisi pembuka. teruskan...

anak laut berkata...

salam..


puisi yang sangat nenarik...syabs.!

KUNTONG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PK berkata...

Sdr2 :

Orang lama macam saya hanya tahu menulis puisi bentuk lama, di harap sesuai dgn selera kawan kelian.
Terima kasih sudi memberi ulasan.